Kelas Asas ICT

28 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 27 Oktober 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Kelas Microsoft Word. Kelas ini disertai 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 petang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini diadakan bagi menambahkan pengetahuan para pelajar tentang kepelbagaian penggunaan Microsoft word. Dalam kelas ini, para peserta didedahkan dengan kepelbagaian penggunaan Microsoft word dengan berfokuskan penghasilan bar code menggunakan MS word. Para peserta juga turut diajar memuat naik gambar secara online.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada MS Word
2. Pendedahan kepelbagaian penggunaan MS Word
3. Menghasilkan bar code menggunakan MS Word
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali